mycrew
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

JOM LAYPARK !!!! Life and Relationship|Joke and Humor|Fun Test|Ghost Story|Travel and Tour|Car and Motorcycle|DIY Section|Hobby and Recreation|Language and Communication|Hacking Tutorial|Computer and
 
HomeApesal.comSearchLatest imagesRegisterLog inHeadline

 Sumpahan Melodi Maut

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Inesen
Admin
Admin
Inesen

Posts : 65
Join date : 23/07/2011
Age : 31
Location : Malaysia

Sumpahan Melodi Maut Empty
PostSubject: Sumpahan Melodi Maut   Sumpahan Melodi Maut Icon_minitimeSun Jul 24, 2011 4:01 pm

Sumpahan Melodi Maut Rezso_seress

PADA sekitar 1932, Reszo Seress yang berketurunan Hungary mengimpikan kemasyhuran dengan menjadi penggubah lagu di Paris tetapi impiannya gagal kerana semua lagu gubahannya tidak berjaya menarik minat penerbit muzik di negara itu. Kegagalan itu, bagaimanapun tidak menghalang Seress yang terus mengejar cita-citanya. Keazamannya untuk menjadi seorang penggubah lagu terkenal dunia begitu kukuh untuk dipatahkan walaupun penerbit muzik menerima lagu gubahannya.
Bagaimanapun, tekad Seress itu kerap mengundang masalah dalam perhubungannya dengan tunangnya yang mahukan Seress mendapatkan pekerjaan tetap. Pada satu petang, segala-galanya berakhir selepas pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya berhubung kejayaannya sebagai komposer dan perpisahan mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Pada hari sama selepas pertengkaran itu – yang berlaku pada Ahad – Seress duduk di depan piano di kediamannya sambil merenung langit menerusi tingkap.
Di luar, awan yang sarat akhirnya menumpahkan hujan lebat. “Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri ketika memetik piano dan secara tiba-tiba, jarinya mula memainkan melodi melankolik aneh yang seolah-olah menterjemahkan kekecewaan yang dirasakan berikutan putusnya perhubungan dengan tunangannya. “Ya, Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel dan menulis nota dalam satu poskad lama. Dia selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit. Seress menghantar karyanya itu kepada seorang penerbit muzik dan menanti persetujuan dengan penuh harapan.
Beberapa hari kemudian, gubahan itu dikembalikan dengan nota penolakan yang berbunyi: “Melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan kami meminta maaf tidak dapat menerimanya.” Lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday diedarkan, berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan selepas itu dia kembali ke rumah dan menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang tidak dapat dilupakan. Seminggu kemudian di bandar sama, seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.
Kejadian seram berkaitan Gloomy Sunday tidak berakhir di situ kerana dua hari kemudian, seorang setiausaha muda di New York juga membunuh diri. Pada nota yang ditemui, dia meminta lagi Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya. Beberapa minggu kemudian, seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan ‘lagu maut’ itu dengan piano. Sekitar masa sama, seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan. Akhbar segera melaporkan beberapa lagi kematian yang dikaitkan dengan lagu gubahan Seress itu.
Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya yang membaca kisah kematian yang dikaitkan dengan irama itu. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada jawapan. Mereka akhirnya merempuh masuk ke rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia. Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan.
Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia menulis surat kepada bekas tunangnya, merayu mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian, dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu wanita itu membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya, salinan Gloomy Sunday ditemui. Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler, lagu berkenaan dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui ‘sumpahannya’.
Back to top Go down
faтїи@ffєи$™
Admin
Admin
faтїи@ffєи$™

Posts : 75
Join date : 14/07/2011
Location : Moscow City, Russia

Sumpahan Melodi Maut Empty
PostSubject: Re: Sumpahan Melodi Maut   Sumpahan Melodi Maut Icon_minitimeSun Jul 24, 2011 4:06 pm

Inesen wrote:

affraid affraid
Back to top Go down
https://mycrew.forumms.net
DevILÞ

DevILÞ

Posts : 14
Join date : 25/07/2011
Location : In your Pocket

Sumpahan Melodi Maut Empty
PostSubject: Re: Sumpahan Melodi Maut   Sumpahan Melodi Maut Icon_minitimeMon Jul 25, 2011 8:58 pm

lagu feveret nih
Back to top Go down
http://www.www.com
Inesen
Admin
Admin
Inesen

Posts : 65
Join date : 23/07/2011
Age : 31
Location : Malaysia

Sumpahan Melodi Maut Empty
PostSubject: Re: Sumpahan Melodi Maut   Sumpahan Melodi Maut Icon_minitimeMon Jul 25, 2011 9:30 pm

ya ka

bgus la

kihkih............. geek
Back to top Go down
Sponsored content

Sumpahan Melodi Maut Empty
PostSubject: Re: Sumpahan Melodi Maut   Sumpahan Melodi Maut Icon_minitime

Back to top Go down
 
Sumpahan Melodi Maut
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sumpahan Keranda Puteri Amen-Ra
» Sumpahan Sang Raja Tutankhamen

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
mycrew :: MyCrew Global :: Ghost Story-
Jump to: