mycrew
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


JOM LAYPARK !!!! Life and Relationship|Joke and Humor|Fun Test|Ghost Story|Travel and Tour|Car and Motorcycle|DIY Section|Hobby and Recreation|Language and Communication|Hacking Tutorial|Computer and
 
HomeApesal.comSearchLatest imagesRegisterLog inHeadline

 

 Lewat Sebulan

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Tw|nkie St4r
Admin
Admin
Tw|nkie St4r


Posts : 3
Join date : 23/07/2011
Age : 30

Lewat Sebulan Empty
PostSubject: Lewat Sebulan   Lewat Sebulan Icon_minitimeSun Jul 24, 2011 3:45 pm

Ada sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata “Ini rumah En. Mahpus ker?”

“Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik?”

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah".

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu."APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab “Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. “APAAA?!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???”

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan “Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan”.

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,

“Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. Awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr? Huh!! bisness apa korang buat ni? Nak kena saman kerr?!!”

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahpus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.

"Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…" kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik berang.

“APAAA?? Nak bayar korang? belahhhh lahh!!”

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya……….."

Si Mahpus mencelah "Apa??? potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap "Nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"
Back to top Go down
fjias
Admin
Admin
fjias


Posts : 50
Join date : 23/07/2011
Age : 39
Location : facebook,yahoo and here

Lewat Sebulan Empty
PostSubject: Re: Lewat Sebulan   Lewat Sebulan Icon_minitimeMon Jul 25, 2011 5:23 am

wakakkaa lawak2 pakai lilin la
Back to top Go down
 
Lewat Sebulan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
mycrew :: MyCrew Global :: Joke and Humor-
Jump to: